PERKHIDMATAN KAMI

KENALI JURULATIH KAMI

ILI ABDULLAH

Encik Azli Abdullah atau turut dikenali sebagai Ili Abdullah dengan tagline “Ili Abdullah Sayang Semua” adalah merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau telah membangunkan program latihan dengan berteraskan Fun ● Exciting ● Different bagi memastikan matlamat organisasi melalui Analisa Keperluan Latihan (TNA) dicapai dengan baik.

Beliau telah bergiat aktif sebagai Jurulatih/ Accredited Trainer hampir 20 tahun dan telah melatih pelbagai agensi korporat dan Kerajaan dalam bidang komunikasi berkesan, kepimpinan, pengurusan tekanan, pengurusan berat badan & Kesihatan serta team building. Antara pencapaian beliau adalah seperti berikut :

(1) Jurulatih Komunikasi Program SSEAYP, Jepun 2023.
(2) Jurulatih Kecergasan & Motivasi Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Sea ke-32 Kemboja 2023.
(3) Jurulatih Kecergasan & Motivasi Kontinjen Paralimpik Malaysia RIO 2016.
(4) Jurulatih Kecergasan & Motivasi Kontinjen Selangor ke SUKMA 2016 di Sarawak.

SENARAI PROGRAM LATIHAN

SENI KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM

No. Program/HRD Corp Claimable Course 10001377326

Pengenalan Program :
Setiap individu samada pemimpin atau pelaksana harus memahami dan menguasai seni komunikasi dengan baik agar penyampaian dan penerimaan maklumat dapat diterima dengan baik serta mencapai matlamat maklumat tersebut.

PENGURUSAN TEKANAN DAN EMOSI DI TEMPAT KERJA

No. Program/HRD Corp Claimable Course 10001376812

Pengenalan Program :
Tekanan ini mungkin boleh berpunca daripada tekanan hidup, keluarga, kewangan, perhubungan rakan sekerja atau lain-lain. Sekiranya individu gagal mengawal tekanan dan emosi dengan baik akan mengakibatkan potensi diri terjejas seterusnya memberi impak negatif terhadap penyampaian perkhidmatan dan kecemerlangannya.

WELLNESS 360° : KECERGASAN DIRI, PENGURUSAN BERAT BADAN DAN KESEJAHTERAAN EMOSI

No. Program/HRD Corp Claimable Course 10001377720

Pengenalan Program :
Kesihatan, kecergasan dan tekanan mempunyai kaitan rapat dalam kehidupan di tempat kerja mahupun di rumah. Kesannya akan memberi impak kepada prestasi produktiviti individu dalam penyampaian perkhidmatannya.

SYNERGY CONNECT TO SUCCESS (TEAMBUILDING, TEAMBONDING & LEADERSHIP)

No. Program/HRD Corp Claimable Course 10001376919

Pengenalan Program :
Program ini dibangunkan dengan memenuhi kehendak organisasi dalam membentuk pegawai dan kakitangannya untuk sentiasa berfikiran positif, berusaha dengan jayanya, bersemangat waja, bersangka baik terhadap pegawai dan rakan sekerjanya serta menambah kemahiran komunikasi dengan baik.

KREATIVITI DALAM KEPIMPINAN ORGANISASI

No. Program/HRD Corp Claimable Course 10001406711

Pengenalan Program :
Dalam era yang sering berubah dengan pantas, kreativiti menjadi asas yang penting dalam struktur kepimpinan secara berkesan dalam membentuk strategi, menyelesaikan masalah dan memotivasikan pasukannya untuk mencapai matlamat organisasinya.

PENGURUSAN KONFLIK DALAM ORGANISASI

No. Program/HRD Corp Claimable Course 10001405950

Pengenalan Program :
Konflik sering terjadi dalam sesebuah organisasi dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan konflik secara berkesan?
Peserta didedahkan dalam menguruskan konflik, keberkesanan komunikasi seterusnya mencipta persekitaran kerja yang positif dan harmoni.